Nuffnang Ads

20 February 2011

indahnya kemaafan dan terima kasih...

persahabatn sememangnya indah. hanya mereka yg memahami erti persahabatan sejati akan menghargainya. aku nak berkongsi dengan pembaca tentang kisah persahabatan..

dua orang sahabat karib, azim dan amir sedang berjalan di tepi pantai. di tengah perjalanan, mereka bertengkar dan azim menampar amir. amir berasa sakit hati tetapi tidak membalasnya. dia mula menulis di atas pasir : HARI INI, SAHABAT BAIKKU AZIM TELAH MENAMPAR PIPIKU.

mereka terus berjalan dan akhirnya menemui tempat mandi yg sangat bersih dan indah, lalu mengambil keputusan untuk mandi. amir cuba berenang tetapi tiba2 dia lemas. namun, azim berjaya menyelamatkannya. ketika dia mula sedar dari lemas dan rasa takut mulai hilang, dia menulis di atas batu : HARI INI SAHBAT BAIKKU AZIM TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU.

azim bertanya, "kenapa setelah saya menamparmu.. kamu menulis di atas pasir dan sekarang kamu menulis di atas batu???"

amir sambil tersenyum menjawab, "ketika seorang sahabat melukai hati kita, kita harus menulisnya dia atas pasir agar ombak maaf yg datang menghempas dan menghapus tulisan tersebut. dan apabila sesuatu yg luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang dihempas ombak.."

*copy and paste