Nuffnang Ads

19 July 2011

guru oh guru..

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

12 July 2011

cikgu versus murid.. (cam bodo)

Murid : Selamat pagi, cikgu.


Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? petang dan malam awak tak doakan saya selamat?


Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!


Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! senang dan penuh bermakna. lagipun ucapan ini meliputu semua masa dan keadaan. kata selamat sejahtera.!

Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan2 itu. faham?

Murid : Faham, cikgu!


Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.


Murid : (senyap)


Cikgu : Pandai!


Murid : Bodoh!


Cikgu : Tinggi!


Murid : Rendah!


Cikgu : Jauh!


Murid : Dekat!


Cikgu : Keadilan!


Murid : UMNO!


Cikgu : Salah!


Murid : Betul!


Cikgu : Bodoh!


Murid : Pandai!


Cikgu : Bukan!


Murid : Ya!


Cikgu : Oh Tuhan!


Murid : Oh Hamba!


Cikgu : Dengar ini!


Murid : Dengar itu!


Cikgu : Diam!


Murid : Bising!


Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!


Cikgu : Mati aku!


Murid : Hidup kami!


Cikgu : Rotan baru tau!


Murid : Akar lama tak tau!


Cikgu : Malas aku ajar kamu!


Murid : Rajin kami belajar cikgu!


Cikgu : Kamu gila!


Murid : Kami siuman!


Cikgu : Cukup! Cukup!


Murid : Kurang! Kurang!


Cikgu : Sudah! Sudah!


Murid : Belum! Belum!


Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?


Murid : Sebab saya seorang pandai!


Cikgu : Oh! Melawan!


Murid : Oh! Mengalah!


Cikgu : Kurang ajar!


Murid : Cukup ajar!


Cikgu : Habis aku!


Murid : Kekal kami!


Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!


Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!


Cikgu : Sudah, bodoh!


Murid : Belum, pandai!


Cikgu : Berdiri!


Murid : Duduk!


Cikgu : Saya kata UMNO salah!


Murid : Kami dengar KeADILan betul!


Cikgu : Bangang kamu ni!


Murid : Cerdik kami tu!


Cikgu : Rosak!


Murid : Baik!


Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!


Murid : Dilepaskan tengah malam itu!


Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

09 July 2011

sekolahku syurgaku..

aku pernah tanya sekali kat cikgu, "kenapa kami berada di sini.. kat sekolah ni.??"

cikgu jawab, "kamu datang sini untuk belajar dan tugas kami di sini adalah untuk mengajar kamu."

"sekolah adalah sebuah tempat yang memberikan kamu ilmu pengetahuan.."

"sebuah tempat yang mematangkan kamu.."

"menyediakan segala kelengkapan yang kamu perlukan.."

"untuk memberikan kamu masa depan yang cerah.."

itulah pandangan setiap cikgu..

apa yang difikirkan oleh pelajar di ssekolah pulak ??

boring.!!! belajar tu boring..!!!!!!!

tempat yang sama..

persekitaran yang sama...

dan perhimpunan yang sama setiap hari..

...selama lima tahun dalam usia muda yang paling berharga..

kitorang ni semua macam semut..

melakukan tugas yang sama setiap hari..

kenapa kitorang tak boleh jadi macam orang dewasa? kitorang nak carik duit sendiri.. and nak beli benda yang kitorang suka..!!

mak ayah cakap...

"kami sediakan tempat berlindung untuk kamu.."

"kami sediakan makanan untuk kamu.."

"kami sediakan tempat untuk kamu belajar.."

"...supaya setiap peluang akan terbuka untuk kamu.."

"bila sampai masanya kamu keluar untuk mencari pekerjaan.."

"....kami nak kamu mendapatkan tempat yang baik di kalangan masyarakat..."

itulan pandangan mak dan ayah..

tapi,, bila pikirkan balik masa-masa gembira yang aku lalui dengan semua kengkawan kat sekolah.. rasanya takde laah susah sangat kene belajar.

cikgu selalu bagitau yang kitorang ni sebenarnya bertuah menjadi student..

....dan sebagaimana diorang berharap dapat balik ke zaman persekolahan diorang semula...


*so.. better you all appreciate your school now... because one day you gonna miss it..
*copied from a comic ;p


08 July 2011

siapa yang perlu kita selamatkan???


Ada sebuah syarikat besar yang tengah mencari pekerja. Dalam ujian bertulisnya, dorang hanya memberikan satu kes untuk dijawab:


"anda sedang memandu motosikal di tengah malam gelap gelita dan hujan lebat di sebuah daerah yang penduduknya sedang dipindahkan semuanya kerana bencana banjir. Pemerintah setempat hanya boleh memberikan bantuan sebuah bas yang saat ini juga sedang mengangkut orang-orang ke kota terdekat. Saat itu juga Anda melewati sebuah perhentian bas di kawasan itu. Di perhentian bas itu, Anda melihat 3 orang yang merupakan orang terakhir di kawasan itu yang sedang menunggu kedatangan bas:


* seorang nenek tua yang sakit.

* seorang doktor yang pernah menyelamatkan hidup Anda sebelumnya.

* seseorang yang selama ini menjadi idaman hati Anda.


Anda hanya boleh mengajak seorang untuk membonceng Anda. Siapakah yang akan Anda ajak? Dan, jelaskan jawapan Anda mengapa Anda melakukan itu!"


Sebelum Anda menjawab, ada beberapa hal yang perlu Anda pertimbangkan:


-- Seharusnya Anda menolong nenek tua itu dulu kerana dia sudah tua dan sakit. Jika tidak segera ditolong akan meninggal. Namun, kalau difikir-fikir, orang yang sudah tua memang sudah mendekati ajalnya. Sedangkan yang lainnya masih sangat muda dan harapan untuk hidup masih panjang.


-- Doktor itu pernah menyelamatkan hidup Anda. Inilah saat yang tepat untuk membalas budi kepadanya. Tapi, jika difikir, kalau sekadar membalas budi, waktu lain boleh juga kan? Namun, kita tidak pernah tahu bila kita akan mendapatkan kesempatan itu lagi.


-- Mendapatkan idaman hati adalah hal yang sangat menyeronokkan. Jika kali ini Anda tidak ambil peluang, mungkin Anda tidak akan ketemu dia lagi. Dan, impian Anda akan hancur selamanya.


Jadi yang mana yang Anda pilih?


*Dari sekitar 2000 orang pemohon, hanya 1 orang yang diterima bekerja di perusahaan tersebut. Orang tersebut tidak menjelaskan jawapannya, dia hanya menulis dengan singkat:


"Saya akan memberikan kunci motorsikal saya kepada si doktor dan meminta dia untuk membawa nenek tua yang sedang sakit tersebut untuk ditolong segera. Sedangkan saya sendiri akan tinggal di sana dengan idaman hati saya untuk menunggu ada yang kembali menolong kami."


******************************


Ya, jawapan di atas adalah jawapan yang terbaik bukan? Tapi, kenapa sebahagian besar hal tersebut tidak kita fikirkan sebelumnya? Apakah kerana kita terbiasa dengan tidak mahu untuk melepaskan apa yang sudah kita dapatkan di tangan dengan susah payah? Dan, bahkan berusaha meraih sebanyak-banyaknya?


kadang-kadang.. dengan rela untuk melepaskan sesuatu yang kita miliki, melepaskan kedegilan kita, mengakui segala kekurangan yang kita miliki dan melepaskan semua keinginan kita untuk sesuatu yang lebih mulia, kita akan mendapatkan sesuatu yang jauh lebih besar.

01 July 2011

tragedi ngeri yang berlaku


okayy...
semalam adalah hari yang amat mengerikan bagi aku..

tapi akhirnya,,
aku selamat juga....
fuhhh
lega giler..

begini citernye...

alkisahh.....

semalam masa rehat...
aku ngan aina, fathirah and hareessa dok kat kerusi yg dekat dengan kantin..
then..
aku pon makan la biskut peanut aku..
aina ngan fathirah puase..
lepas abes makan aku ajak dorang masuk class..

pastu dorang cakap blom masuk class laagii laa..
aku cakap dahh laa...

pastu dorang tunjuk kat pengawas yg jage pagar dekat situ..
tengok tu.. blom bukak lagi.. *fathirah cakap.

aku pon bengang...
aku pandang laa kat pengawas tu..
masa tu dia tengah pandang kat tempat lain..
oleh sebab bengang kat pengawas tuh..

aku pon cakap "EEE DIA NII..." sambil tuding jari ke arah pengawas tuh..
pastu aku pandang kat fathirah..
then aku rase pengawas tu pandang kat aku..
aku pon pusing balik pandang dia..

jeng jeng jeng...
dia tengah pandang aku..
dia JELING lagi....

aku tross terpusing balik menghadap fathirah.. *secara automatik.
fathirah ngan aina dah gelak2..
aku pon ape lagi.. aku pon gelak laa...

gelak
gelak
gelak
gelak
tanpa henti...
haha.

seriously muka pengawas tu tak bleh blaahh...
aku tak tahan tross gelak...
malu giler dowhh..

mane laa aku tau yg dia nak terpandang kat aku..
aku pon bukan sengaje nak tuding jari kat dia..
tangan aku secara automatik terangkat...

but seriously tak bleh blaa..

pastu ramai orang da naik dari kantin..
aku pon ajak dorang masuk class sebelom pengawas tu halau..
giler kelam kabot masa tu..
aku cakap kat fathirah.. "ee.. cepat laa..."
takut dowh nak tengok muka dia...
rasa cam trauma tengok dia jeling aku..
wahahah.

pastu fathirah pandang tepi..
aku tengok ar kat sebelah kiri aku..

MAK AIIIII.....
teanjatt boboi.............

pengawas tu ade kat tepi..
waaaaa..
dia jeling plak tuh..
waaduuuuuuhhhh....
seram giler..

tross kitorang jalan kat depan dewan nak masuk class..
punye laa jauh...
tak pe.. bak kate pepatah,
JAUH PERJALANAN LUAS PERMANDANGAN..
hehe

dari nak masuk class sampai la dalam class tak abes2 kitorang gelak..
serious lawak...

aku taubat doo...
tak nak tuding jari kat orang lagi..
aku da trauma da..
memang ngeri betol laa...

hahaha
hahaha
hahaha

* kepada pengawas tu..
-his name should be secret..!!!

sorry ar.. bukan ape pon.. tak sengaje nak tertuding jari kat ko..
tak payah nak terasa sangat laa...

hahaha..
btw.. kitorang bukan kutok ko pon.. just gelak jee...

jangan marah2...

XD