Nuffnang Ads

12 July 2011

cikgu versus murid.. (cam bodo)

Murid : Selamat pagi, cikgu.


Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? petang dan malam awak tak doakan saya selamat?


Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!


Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! senang dan penuh bermakna. lagipun ucapan ini meliputu semua masa dan keadaan. kata selamat sejahtera.!

Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan2 itu. faham?

Murid : Faham, cikgu!


Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.


Murid : (senyap)


Cikgu : Pandai!


Murid : Bodoh!


Cikgu : Tinggi!


Murid : Rendah!


Cikgu : Jauh!


Murid : Dekat!


Cikgu : Keadilan!


Murid : UMNO!


Cikgu : Salah!


Murid : Betul!


Cikgu : Bodoh!


Murid : Pandai!


Cikgu : Bukan!


Murid : Ya!


Cikgu : Oh Tuhan!


Murid : Oh Hamba!


Cikgu : Dengar ini!


Murid : Dengar itu!


Cikgu : Diam!


Murid : Bising!


Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!


Cikgu : Mati aku!


Murid : Hidup kami!


Cikgu : Rotan baru tau!


Murid : Akar lama tak tau!


Cikgu : Malas aku ajar kamu!


Murid : Rajin kami belajar cikgu!


Cikgu : Kamu gila!


Murid : Kami siuman!


Cikgu : Cukup! Cukup!


Murid : Kurang! Kurang!


Cikgu : Sudah! Sudah!


Murid : Belum! Belum!


Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?


Murid : Sebab saya seorang pandai!


Cikgu : Oh! Melawan!


Murid : Oh! Mengalah!


Cikgu : Kurang ajar!


Murid : Cukup ajar!


Cikgu : Habis aku!


Murid : Kekal kami!


Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!


Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!


Cikgu : Sudah, bodoh!


Murid : Belum, pandai!


Cikgu : Berdiri!


Murid : Duduk!


Cikgu : Saya kata UMNO salah!


Murid : Kami dengar KeADILan betul!


Cikgu : Bangang kamu ni!


Murid : Cerdik kami tu!


Cikgu : Rosak!


Murid : Baik!


Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!


Murid : Dilepaskan tengah malam itu!


Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

No comments :

Post a Comment