Nuffnang Ads

10 August 2011

doa seorang ibu..

okay.. harini aku nak bagi ceramah sikit kat korang.. bersempena bulan baik nih.. marilah korang bersama-sama dengar ceramah yang indah dari mulut aku nih.. hehehe.. okay, sekarang bolehlah ustazah aisyah mulakan kay (ceewaahhh).. tajuk ceramah ustazah harini ialah "DOA SEORANG IBU."

ingat ye korang.. Tiap pengorbanan yg dicurahkan oleh seorang ibu sangatlah sukar untuk dibalas oleh kita yg bergelar anak, sebab, tiap jerih payah yg dilalui seorang ibu bagi membesarkan anak-anaknya lahir dari hati yang nurani lagi suci tanpa disulami rasa sesal walau sedikit didalam benak sanubari..


Buat insan yang bergelar ibu ingatlah pegorbananmu diberi penghargaan oleh Allah dan Rasul sehingga kedudukanmu cukup mulia dari insan bergelar ayah. Syurga juga diibaratkan letaknya dibawah telapak kakimu inilah sabdaan junjungan besar kita Muhammad s.a.w menyanjung insan yang bergelar ibu. Itulah maqam kedudukan seorang ibu disisi agama islam,bagi seorang anak wajib bagi kita untuk taat dan berbakti kepada ibu mahupun ayah,kerana tanpa mereka tidak mungkin kita menjenguk ke alam dunia ini okay.. Mentaati perintah keduanya adalah wajib terutama ibu kerana seorang ibu punyai hati yang cukup rapuh untuk dijaga seorang anak sehingga ada ulama' menyatakan; "Apabila seorang anak membuatkan seorang ibu itu menitiskan setitis air mata maka tunggulah segelombang murka Allah menimpa dirinya"

Begitulah besarnya tanggungjawab kita selaku anak untuk menghargai segala jasa yang telah dicurahkan ibu kepada kita. Ingatlah sewaktu kita sakit siapa yang ada disisi kita? sewaktu kita lapar siapa yang menyuapkan kita makanan? sewaktu kita berduka siapa insan yang turut berduka sama seperti kita? pendek kata dalam tiap situasi kehidupan kita tidak pernah sekali kita lekang dari ibu, mak, umi dan juga mama. Tanyalah pada diri kita adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita selaku anak bagi membalas segala pengorbanan ibu? Ketahuilah seorang ibu itu tidak pernah mendambakan wang ringgit sebagai balasan, mereka hanya inginkan kasih serta belas dari insan bernama anak, ibu juga hanya ingin supaya anaknya berjaya didunia apatah lagi diakhirat, harapan ibu juga agar anak yang ditatang manja selama ini dapat membantu mereka setelah mereka bertemu Allah kelak. Inilah harapan yang paling utama bagi seorang ibu kerana memiliki anak yang soleh dan solehah itu adalah suatu harta yang tidak ternilai bagi diri ibu!!!
Dikesempatan yang tidak seberapa ini dalam berkongsi sedikit cakna ilmu yang dianugerah Allah marilah sama-sama kita selami sebuah kisah untuk tatapan jiwa yang senantiasa inginkan renungan;

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim menceritakan, pada zaman dahulu di negeri Arab ada seorang pemuda yang sangat terhormat kerana ketinggian ilmunya. Dia sangat disukai oleh orang ramai kerana budi dan amalnya. Ilmunya yang tinggi menyebabkan namanya harum diserata negeri itu. Ibunya sangat berbangga kerana mempunyai seorang anak yang dihormati oleh setiap orang. Di mana-mana sahaja namanya pasti menjadi perbualan orang.

Pada suatu hari, pemuda tersebut bercadang untuk pergi ke Mekah kerana ingin menuntut ilmu dengan lebih tinggi. Dia merasakan bahawa ilmu yang ada padanya masih belum mencukupi. Lantas dia cuba memujuk ibunya agar membenarkan dia pergi. Dengan deraian airmata ibunya berkata, "Anakku, engkau adalah mutiara hatiku. Ibu akan menderita jika engkau pergi ke Mekah. Ibu sudah tua, ibu tidak sanggup untuk berpisah dengan engkau apatah lagi engkau akan berada di sana bertahun-tahun lamanya. Batalkan saja niatmu itu nak", rayu ibunya.

Pemuda itu berasa amat kecewa dengan kata-kata ibunya tetapi semangatnya untuk menuntut ilmu agama di negeri Mekah tidak luntur dari hatinya. Malah dia akan tetap pergi kerana tekadnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Maka keesokan harinya selepas dia mengerjakn solat subuh, dia pun berangkat ke Mekah tanpa menghiraukan nasihat ibunya lagi.Kini tinggallah ibunya yang sudah tua di rumah bersendirian dengan deraian airmata. Hatinya begitu sakit apabila mengenangkan anaknya yang tidak mendengar nasihatnya lagi.

Ya Allah", kata ibunya merintih.:"Sesungguhnya anakku telah membakar hati hamba dengan pemergiannya. Maka Engkau turunkanlah seksa kepada anakku itu ya Allah".Setiap kali selepas solat, ibunya akan berdoa seperti itu.Dalam pada masa yang sama itu, anaknya sudah sampai di Mekah. Di sana dia begitu giat mencari ilmu dan beribadat.Pada suatu malam yang gelap-gelita, berlakulah suatu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada seorang pencuri memasuki rumah seorang saudagar yang kaya. Akan tetapi, perbuatan pencuri itu telah disedari oleh tuan rumah itu. Pencuri itu telah lari lintang-pukang menyelamatkan diri. Tuan rumah itu terus mengejarnya sehingga sampai di sebelah masjid. Oleh kerana terlalu panik, pencuri itu terus masuk ke dalam masjid untuk berlindung.

Kebetulan pada masa itu terdapat seorang pemuda yang sedang khusyuk berzikir. Sebagai helah untuk menyelamatkan diri, pencuri itu terus berteriak sambil menuding jarinya ke arah pemuda yang sedang berzikir itu."Pencuri, pencuri….", teriak pemuda itu.Mendengar teriakan itu, tuan rumah tersebut terus berlari masuk ke dalam masjid dan menangkap pemuda itu. Pemuda itu terpinga-pinga apabila dirinya ditangkap, berbagai-bagai penafian dibuat namun tuan rumah itu terus menyeretnya keluar dari masjid itu. Kemudian tuan rumah itu mengikat tangannya lalu membawanya mengadap raja. Dengan perasaan marah, tuan rumah itu terus menceritakan segala kesalahan pemuda tersebut. Tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya serta soal selidik yang terperinci, maka raja itu terus menjatuhkan hukuman ke atas pemuda itu dengan kedua kaki dan tangannya dipotong serta kedua biji matanya dicungkil. Dengan perasaan yang amat hiba pemuda itu menerima hukuman raja dengan tenang.

Setelah hukuman itu dilaksanakan, raja itu memerintahkan pula pemuda itu diarak di khalayak ramai. Di sepanjang jalan, pegawai-pegawai raja itu berkata kepada orang ramai, "Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang."Sewaktu perarakan itu sampai di sebuah pasar, maka pemuda yang dituduh mencuri itu berkata kepada pegawai raja yang membawanya, "Wahai pegawai, janganlah engkau berkata begitu sebaliknya berkatalah begini, "Inilah balasannya kalau orang menderhaka kepada ibunya."Para pegawai itu menjadi hairan mendengar arahan pemuda itu. Hati mereka ragu-ragu, apakah ucapan pemuda itu betul ataupun berpura-pura. Akhirnya pegawai itu menyelidik latar belakang pemuda itu dan ternyatalah pemuda itu bukan pencuri yang sebenar. Dengan perasaan kasihan, pegawai itu membebaskannya dan menghantarnya pulang ke rumah ibunya.Ketika sampai di perkarangan rumah ibunya, para pegawai itu terus meletakkannya di muka pintu rumah ibunya. Keadaannya yang cacat menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali memanggil-manggil dari luar. Dari dalam rumah terdengar ibunya sedang berdoa, "Ya Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya hamba dapat melihatnya." Oleh kerana dia tidak tahan mendengar doa ibunya itu, tanpa disedari airmatanya jatuh bercucuran. Lantas dia berpura-pura menjadi pengemis.

"Ya puan, berilah hamba sedekah.""Datanglah sini," terdengar suara dari dalam."Bagaimana saya dapat masuk sedangkan saya tidak mempunyai kaki," jawab anaknya."Kalau begitu hulurkan tanganmu," jawab ibunya semula."Puan, maafkanlah hamba kerana tidak mempunyai tangan kerana telah dipotong.""Kalau begitu, bagaimana dapat aku memberimu makanan sedangkan aku bukan muhrimmu," jawab ibunya dari dalam."Puan janganlah khuatir kerana kedua mata hamba buta."Ibunya yang masih belum mengetahui bahawa di luar itu adalah anaknya terpaksa keluar membawa sekeping roti untuk disuapkan ke mulut anaknya. Sebaik sahaja roti hendak disuapkan ke mulutnya, pengemis itu terus merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis. "Ibu, maafkanlah saya ibu. Saya adalah anak ibu yang telah mengalami nasib seperti ini. Ibu, saya telah berdosa terhadap ibu, maafkanlah saya ibu."

Setelah mengetahui bahawa pengemis itu adalah anaknya, dia terus memeluk anaknya sambil menangis meraung-raung kerana melihat keadaan anaknya yang mengerikan. Oleh kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya, dia terus berdoa, "Ya Allah, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah hamba maafkan. Tetapi seksa anakku sungguh mengerikan. Hamba tidak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa. Ya Allah, Engkau akhirilah hidupku bersama anakku ini agar kami tidak menanggung malu."Dengan kehendak Allah Yang Maha Esa, doa ibu itu telah dikabulkan. Akhirnya dia dan anaknya mati bersama-sama. Begitulah nasib anak yang tidak menuruti perintah orang tua, dan orang tua yang kurang redha walaupun di dalam mencari ilmu.

Saudaraku yang dikasihi dari kisah yang diceritakan ini dapatlah kita fahami betapa besarnya dosa apabila kita membelakangi ibu. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya redha Allah itu tereletak kepada redhanya kedua ibu ayah dan murka Allah itu terletak diantara murkanya ibu ayah"
Semoga Allah memelihara kita dari segala kemurkaannya bermula dari murka ibu dan ayah,berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada dihadapan kita,andai kata mereka telah pergi buat selamanya kalungkanlah buat mereka untaian doa supaya mereka senantiasa berbahagia disamping Allah yang Maha Pengasih!!!

"Ya Allah,
Redhakanlah perbuatan kami buat ibu&ayah
Peliharalah ucapan kami dihadapan mereka
Lunakkanlah mata kami terhahadap mereka
Lembutkanlah hati kami untuk mentaati mereka.
Ya Allah,
Berikanlah mereka balasan yang sebaiknya atas didikan mereka kepada kami selaku anak dan pahala yang besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan kepada kami.
Peliharakanlah mereka seperti mana mereka memlihara kami.
Ya Allah,
Apa sahaja gangguan dan derita yang mereka rasakan kerana perbuatan kami, jadikanlah itu sebagai penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan buat mereka.

Ya Allah,
Bilamana maghfirah keampunanMU mencapai mereka sebelum kami ,Izinkanlah mereka memberi syafaat kepada kami,andaikata sebaliknya maka izinkanlah kami memberi syafaat kepada mereka sehingga supaya kami semua dapat berkumpul bersama di tempat kediaman yang dinaungi kemuliaanMU ampunanMU serta rahmatMU.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki kurnia Maha Agung,serta anugerah yang tidak pernah berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih!! Amin Ya Rabbal ' Alamin!!"

okay.. sampai sini je ye ceramah kita pada hari ini.. semoga kita bertemu lagi pada hari dan waktu yang sama dalam blog ustazah ni yerr... okay, semoga korang yang macam cipan nih insaf laa yerkk.. okay laahh.. ustazah ciao dulu laahh.

No comments :

Post a Comment