Nuffnang Ads

18 November 2016

Merokok kat majlis kawin ?!

Merokok kat tempat awam, hmmmmm selalu !
Merokok kat majlis org kawin, 2 kali dah im faced this situation.
Ehhh jap japppppp, jgn salah faham please, bukan i yg merokok. But org lain okay hahahaahah.

Ni nak cakap pasal merokok kat majlis kawin org ni ! Seriously menyakitkan hati dan perasaan dan jantung dan sebagainya lahhh. Usually kat majlis kawin yg kat kawasan kampung lah. Udah ler cuaca panas, and then ada pulak mat mat muda and pakcik pakcik tua duduk relax2 isap rokok. Ehheeyyy, panas hati gua bro ! Pastu depa hembus asap tu "fuuuuuu" and asap tu lalu pulak kat muka aku, kecik besar kecik besar je aku pandang mamat tu. Dah habis makan tu blah la weiii, banyak lagi org nak duduk makan, engko dok fuuu fuuu asap rokok kat situ pastu gelak2 dengan geng kau. Baik pergi tempat lain, sambung isap rokok kau tu. Kasi makcik2 nak duduk lagi bagus.


Yg first situation tu, aku duduk betul2 dekat dgn mat mat rokok tu. Aku buat2 batuk macam org nak mati, kuat weiii ! Tapi dorang buat bodoh2 ayam, ehh geram akuu. Org nak feel2 makan nasi kenduri pun tak best. Hmmm tapi berkat usaha aku batuk sampai nak terkeluar anak tekak 😜😜😜 berambus jugak mereka2 itu lohhh. Hahahahahahahahaha tapi serious lahh, nampak sangat kot aku batuk tipu2 kahkahkah. Tapi apa punnn, puas hati sebab pengganggu masyarakat sudah blah !


Yg second situation pulak jadi baru2 nii, pakcik2 weiiiii yang merokok tu. Nasib baik aku tak duduk dekat dgn dorang, tapi still asap rokok tu lalu kat muka aku. Pedih hidung ni dok bau busuk tu ! Dalam hati aku dah kutuk2 dah pakcik tu, "bla bla bla tuuttt tuutttt tuutttt" haha censored okay. Kang kata aku kurang ajar pulak, tapi yg kurang ajar sekarang ni, "mereka itu" lahh. They dont know how to respect the public. Merokok kat tempat yg tak sepatutnya, ada pregnant woman dgn budak2 kecik kat situ. Bantutkan selera org nak makan lagii. Haihh kamon lah pakcik, u dah tua kot. takkan nak tunggu sampai ada org tegur kot. Kalau ikutkan aku, takda nya nak tegur. Rasa nak pergi kat dia, rampas rokok tu and pijak depan tu jugak. Tak pun ambik rokok tu, sumbat kat mulut dia sambil cakap, "hah ini makannya!" kahkahkah. Okaaayyyy, will never happen kott hahahaahahaha. Tak pasal2 kena kecam nanti muehhehee.

Hmmmm, bukan kat kenduri kawin je weii. Kat kedai2 makan punn. Tak semua org boleh tahan dengan asap and bau tu. Lagi2 org yang kepala angin or yg macam aku(tak kepala angin, just kurang sabar hoho), kang tak pasal2 kau kena jeling dgn aku kang haha. JANGAN buat apa yg org tak suka please pakcik2, abang2 and adik2. Cuba kalau aku pi karok dekat depan muka kau time kau makan? Pasang speaker kuat2??! Amacam? Menarik? Mesti sakit hati kann? Sakit lagi hati aku ni bila nak makan, ada org nak fuuu fuuu asap rokok weiiiii !!!!!!!

Aku bukan nak halang hangpa merokok, tak terdaya diri ku ini wehh. Cumaaaaaa, tengok tempat lah weii ! Kau nak isap sepuluh kotak sehari pun aku tak kisah. At least jgn kat public and tempat yg ada org ramai especially children and pregnant women, respect org lain jugak. Mana tahu org tu ada asma ke, tak pasal2 arwah dia kat situ. 

Last but not least, korang nak cari penyakit isap rokok tu, up to u lah bro....... But jangan ye, JANGAN sebab asap rokok kau tu, org lain yg dapat penyakit ! Remember that ! Semat elok2 dalam kepala otak tu....