Nuffnang Ads

18 November 2016

Merokok kat majlis kawin ?!

Merokok kat tempat awam, hmmmmm selalu !
Merokok kat majlis org kawin, 2 kali dah im faced this situation.
Ehhh jap japppppp, jgn salah faham please, bukan i yg merokok. But org lain okay hahahaahah.

Ni nak cakap pasal merokok kat majlis kawin org ni ! Seriously menyakitkan hati dan perasaan dan jantung dan sebagainya lahhh. Usually kat majlis kawin yg kat kawasan kampung lah. Udah ler cuaca panas, and then ada pulak mat mat muda and pakcik pakcik tua duduk relax2 isap rokok. Ehheeyyy, panas hati gua bro ! Pastu depa hembus asap tu "fuuuuuu" and asap tu lalu pulak kat muka aku, kecik besar kecik besar je aku pandang mamat tu. Dah habis makan tu blah la weiii, banyak lagi org nak duduk makan, engko dok fuuu fuuu asap rokok kat situ pastu gelak2 dengan geng kau. Baik pergi tempat lain, sambung isap rokok kau tu. Kasi makcik2 nak duduk lagi bagus.


Yg first situation tu, aku duduk betul2 dekat dgn mat mat rokok tu. Aku buat2 batuk macam org nak mati, kuat weiii ! Tapi dorang buat bodoh2 ayam, ehh geram akuu. Org nak feel2 makan nasi kenduri pun tak best. Hmmm tapi berkat usaha aku batuk sampai nak terkeluar anak tekak 😜😜😜 berambus jugak mereka2 itu lohhh. Hahahahahahahahaha tapi serious lahh, nampak sangat kot aku batuk tipu2 kahkahkah. Tapi apa punnn, puas hati sebab pengganggu masyarakat sudah blah !


Yg second situation pulak jadi baru2 nii, pakcik2 weiiiii yang merokok tu. Nasib baik aku tak duduk dekat dgn dorang, tapi still asap rokok tu lalu kat muka aku. Pedih hidung ni dok bau busuk tu ! Dalam hati aku dah kutuk2 dah pakcik tu, "bla bla bla tuuttt tuutttt tuutttt" haha censored okay. Kang kata aku kurang ajar pulak, tapi yg kurang ajar sekarang ni, "mereka itu" lahh. They dont know how to respect the public. Merokok kat tempat yg tak sepatutnya, ada pregnant woman dgn budak2 kecik kat situ. Bantutkan selera org nak makan lagii. Haihh kamon lah pakcik, u dah tua kot. takkan nak tunggu sampai ada org tegur kot. Kalau ikutkan aku, takda nya nak tegur. Rasa nak pergi kat dia, rampas rokok tu and pijak depan tu jugak. Tak pun ambik rokok tu, sumbat kat mulut dia sambil cakap, "hah ini makannya!" kahkahkah. Okaaayyyy, will never happen kott hahahaahahaha. Tak pasal2 kena kecam nanti muehhehee.

Hmmmm, bukan kat kenduri kawin je weii. Kat kedai2 makan punn. Tak semua org boleh tahan dengan asap and bau tu. Lagi2 org yang kepala angin or yg macam aku(tak kepala angin, just kurang sabar hoho), kang tak pasal2 kau kena jeling dgn aku kang haha. JANGAN buat apa yg org tak suka please pakcik2, abang2 and adik2. Cuba kalau aku pi karok dekat depan muka kau time kau makan? Pasang speaker kuat2??! Amacam? Menarik? Mesti sakit hati kann? Sakit lagi hati aku ni bila nak makan, ada org nak fuuu fuuu asap rokok weiiiii !!!!!!!

Aku bukan nak halang hangpa merokok, tak terdaya diri ku ini wehh. Cumaaaaaa, tengok tempat lah weii ! Kau nak isap sepuluh kotak sehari pun aku tak kisah. At least jgn kat public and tempat yg ada org ramai especially children and pregnant women, respect org lain jugak. Mana tahu org tu ada asma ke, tak pasal2 arwah dia kat situ. 

Last but not least, korang nak cari penyakit isap rokok tu, up to u lah bro....... But jangan ye, JANGAN sebab asap rokok kau tu, org lain yg dapat penyakit ! Remember that ! Semat elok2 dalam kepala otak tu....

13 December 2015

have fun dekat shah alam !


**entri ni dah lama dok dalam draft. tak perasan. ahahahahahahah. harini baru nak post! kahkah. 2 tahun weiiiiiiii baru laa ni nak post. haha

...............................................................
hari rabu and khamis bulan december tahun 2013. hmm, tarikh aku tak ingat. actually kitorang plan nak bawak 20 orang. oleh sebab yg lain gedik yang amat, so kitorang pergi 9 orang je. termasuk cikgu mariyana 10 orang. syahdu kannn ???
okaaayyyyy ! lets start !

pagi tu kitorang kumpul kat sekolah, katanya nak gerak pukul 8. yeeee ! memang pukul 8 gerak sebenarnya -.- pukul 8 lebih baru gerak dari sekolah. cikgu lambat sikit and terus pergi bukit cerakah dari rumah dia.
hahhh, lupa nak bagitahu siapa je yang join. yg join cikgu mariyana, aku, aina, aisyah awang, sofia, qamarul, naim, ibrahim, hadi and zaim.
okay sambung, so kitorang bersembilan pergi naik van. van tu ayah qamarul yang sponsor. so, jutaan terima kasih diucapkan kepada uncle sebab berbaik hati sponsor transport kat kitorang :))

then, sampai sana tak ingat dalam pukul berapa. hmm, dalam pukul 9 lebih macam tu lahh. beg semua kitorang kena bawak turun sekali. banyak kauuu beg kitorang ! tapi terpaksa jugaklah bawak turun sebab van tu dia balik lepas tu. then, bermulalah aktiviti kitorang kat sana.............. so, kitorang decide nak start cycling dulu. sebab takut cikgu lambat.


bila dah start cycling, budak laki dah laju dah tinggalkan kitorang. jahat ! then, aku nampak aisyah awang macam nak jatuh je bawak basikal tu. then dia cakap kat aku yg dia dah lama tak bawak basikal then dia tak confident nak bawak ! sekali sofia pun sama. heh, macam macam betul lah dorang ni. nasib baik ada aku dengan aina teman dorang. kalau tak terkontang kanting lah dorang berdua tu. nak harap budak laki... tuiihhhhh ! dorang dah syok tak ingat dunia dah. so, as a good friend aku pun bawak lah pelan pelan. tapi bila time turun bukit.... hehehe. apa lagi, pecut ahhh ! haha. tapi lepas dah pecut tu aku tunggu dorang ehhh. saya tidak kejam :D


this is the five boys. hensem ????? puuiihhhh ! dah lah tinggalkan kitorang ! nanok kawan ! yang paling aku geram, dorang dah jauh kedepan pastu call aku tanya kat mana. then suruh cepat sikit. eheyy ! i know lahh. takkan lah aku nak lenggang lenggang kangkung kat situ..


lepas tu kannnn, terjadi lah perkara yang sangat merisaukan aku. omaigadd ! i'm very very shock plus scared ! you know what, aisyah awang jatuh masa turun bukit. aku dengan aina dah kedepan dah, aku ingat nak pecut. turun bukit kot masa tu ! baik punya tempat pecut ! hohoho. sekali sofia jerit TOLONGGGG ! AISYAH, TOLONGGG ! aku terus pandang belakang. sekali tengok aisyah awang dah terbaring. aku pun apa lagi, terus turun basikal. basikal aku tinggal je kat tengah jalan and lari pergi kat sofia and aisyah awang. haha, macam super hero kan akuu ??? hihihi. mohon jangan puji......... malu lah saya :DD lepas tu kasi aisyah awang baring jap, tenangkan fikiran and relax relax. dia tengah terkejut tuu. basikal dia masuk longkang kott ! nasib baik dia tak masuk longkang ! kalau tak lagi gelabah ayam akuu ! then, kitorang tak bawak basikal dah. takkan lah kitorang nak tinggalkan aisyah awang jalan sorang sorang kann ?? lagipun dia tengah pening. so, aku papah aisyah awang sambil tangan sebelah pegang basikal. sofia dengan aina jalan kat depan kitorang sambil pegang 3 basikal. kalau bawak basikal pun lambat, apatah lagi jalan kaki kann ?! lepas tu naim call, dia suruh cepat. ehey, sabar je lah aku ! tengah dalam keadaan yang agak susah tu, mana lah boleh nak cepat !


setelah berpenat lelah berjalan, akhirnya kitorang sampai jugak kat taman haiwan tu. budak laki dah enjoy tengok rusa burung apa semua. geram je tengok dorang. huhh. lepas tu kitorang tengok haiwan sama sama and ambik gambar banyak banyak :))) masa nak balik dari taman haiwan tu, aisyah awang tak boleh nak cycling, so aku carry dia. dia duduk depan. haha, kan aku cakap. aku kan super hero ! hohoho. budak laki tolong bawak basikal aisyah awang.



dalam pukul 1 lebih, if i'm not mistaken, kitorang gerak balik homestay. girls semua naik kereta dengan cikgu. boys naik teksi pergi homestay. ahaks ! van yg kitorang naik masa pergi tu just hantar and ambik esoknya je. so, kalau nak jalan2 ke apa kena call teksi.

rumah yg kitorang duduk tu not bad. selesa. kira okay lah.
dia ada 3 tingkat tau. bawah ada tangga je, untuk ke tingkat 2. kat tingkat 2 tu baru ada bilik, toilet and living room. tingkat 3 pulak just ada 2 bilik. but 1 bilik je boleh guna. sebab 1 bilik lagi owner tu kunci.
sebagai orang yang awal sampai, so gegirls semua pun cop tingkat 2. haha. terpaksa lah boboys semua tidur bilik atas yg tak berapa nak besar tu. MUAHAHAHAHA.
  

tingkat 2 tu best ahh. ada living room. ada tv. then ada 3 bilik kauu !
master bedroom girls semua letak beg baju and mandi kat toilet dalam tu. ada 2 katil, 1 katil single and 1 katil queen.
second bedroom tu ada 2 katil single. so, bilik tu cikgu mariyana yang punya. dia stay sorang kat situ. and another room ada 1 katil single. situ ada sink and tempat iron baju sekali. tapi takda siapa duduk bilik tu.

living room dia okay, ada tv with astro, ada meja makan, oven, peti ais, ada carpet and bla bla bla.
and the last room kat tingkat atas. bilik tu aku tak ingat sangat lahh, sebab aku masuk dua kali je. time datang and time balik. yang aku ingat dalam tu ada bilik air ahh. kira okay lah untuk boys semua tidur. hahahahahah


lepas semua dah sampai homestay, aku dengan aina and cikgu keluar pergi beli makanan. kang kebulur pulak dorang kann, dah penat2 cyling and naik bukit semua. mesti lapar gilaa. lepas balik je dari beli makanan tu, aku dah ready dah nak guling2. penat kot ! tiba2 cikgu ajak keluar lagi sekali. hahahahaha. sebab aisyah awang pening. cikgu risau, terbantut lah niat aku yang tadi ituu. so aku keluar lah lagi sekali teman cikgu bawak aisyah pergi klinik. nasib baik takda apa2. just letak ubat apa tahh, then doktor kasi ubat untuk makan. lega ahh.

balik tu, aku mandi and makan. ada yang rehat2, tidur and tengok tv.
petang tu budak laki ajak mandi swimming pool. tapi ramai gila. so, hadi, zaim, qamarul dengan baim main futsal. aku, aina, sofia, aisyah dengan naim lepak2 je tengok dorang main futsal. cikgu dok rumah je, tak larat katanya.

lepas maghrib je, kitorang keluar lagi sekali pergi kat swimming pool tu. cikgu pun follow sekali. budak laki semua laju je terjun -..-
aku main2 air je memula. last2 masuk jugak dalam swimming pool. yang paling tak boleh blah sofia ahh. ajak kitorang mandi kat swimming pool budak2. hahahaha. memang tak ah ! malu wehh kalau orang tengok.

lepas mandi semua balik rumah, siap2 nak keluar makan and then pergi ict shah alam.
pergi naik kereta cikgu, and dua teksi.


pergi ict tak buat apa pun, just jalan2 and cuci mata. kahkah.
kitorang main lah game yg mcm kat funfair tu, baling duit syiling dalam mangkuk, baling gelang dekat botol, tangkap itik, dan sebagainya. alahhhhh, yg kalau kau berjaya kena target or bla bla bla, kau boleh dapat hadiah tuuu. For example, dapat teddy bear ke, bantal ke. hmm mcm tu lahh.
tapi takda sorang pun yg dapat. HAHAHAHAHAHAHAHAHA.
boleh tahan susah jugak ahh.

lepas tu kitorang balik, dalam pukul 1 lebih baru lah sampai rumah.


esok dia, pergi tasik pulak. kitorang berkayak !!!!!! yiihhaaaaaaaaaa best !


aku naik yg dua org punya seat. naik dengan aina, sofia dengan aisyah awang, qamarul dengan baim. zaim, hadi, naim and cikgu naik yg sorang satu seat je.
jauh jugak lah kitorang pergi, sampai bawah jambatan. yg tak pergi jauh, dok pusing kat area sama je, sofia and aisyah awang, dengan qamarul and baim. HAHAHAHAAHAH.
penakut dorang nii !

sambil2 berkayak tu, percik2 air, langgar2, tolak2, adalah perkara normal. haha.
habis basah baju aku ! grrrrrr
tapi penat jugak ehh kayak nii. lenguh tangan aihhh


^^^^^^^
yg di atas ni adalah org yg dok pusing area sama je. haha. rugi tak follow kitorang ! jauh2 sikit baru best.


then before balik, seharusnya ambik gambar dulu. haha. lepas tu kitorang pergi mkn dekat kedai apa tahh. baru balik rumah and mandi2, rehat2 and kemas2 apa yg patut.

Lepas zuhur baru gerak balik. cikgu naik kereta dia and kitorang 9 org naik van yg ayah qamarul sponsor tuu turun dekat sekolah, then semua balik rumah masing2 ah lepas sampai dekat sekolah.

yeahh, gonna miss them ! tak tahu lah bila lagi boleh pergi jalan2 and buat aktiviti2 yg mcm ni lagii~

09 June 2012

NOSTALGIA ~



 - nostalgia main tepung....


08.08.09... kami main badminton kat sekolah...
lepas main badminton, dh penat lelah, tetibe azy keluarkan tepung dari beg die,.

hareessa:eih? buat ape kau pegi bawak tepung?
azy :nak main baling2 lahh ape lagi....
hareessa:lahh.abislah tudung nanti...
azliena :entah,dhlahh tudung hitam!
aisyah :oit,ini hari sabtulahh...nilah masenye nak enjoy..
azliena :so,hari lain kene keep it serius lah eih?



.....then, aisyah ngan azy men baling2 tepung kat hareessa, azliena and bijan... time tuh hareessa, azliena and bijan dh anggap aisyah and azy macam musuh dah(macam main perang2 je ! uh!) yang lawak gila, dorang bertiga lari, macamlah aisyah dengan azy ni pembunuh bersiri... hahaha

lepas puas main, tandas perempuan ade banyak gile tepung, lagi2 time tuh cikgu skola lain datang skola kitorang.. kitorang dh mule ketakutan kalau2 guru skola lain cakap tandas sekolah ni kotor! urgh!

hareessa:weyh,aku takutlah kalau2 cikgu skola len cakap memacam kat tandas kitorang!
jannah :aah lah weyh!

lepas tuh hareessa pon surolah azy ngan aisyah sapu sume tepung yang kitorang main ni...T_T
terpaksa la aisyah dan azy sapu semua tapung kat dalam tandas...
dorang terpaksa pinjam penyapu dari kelas 1 BA...

haha, macam bodoh je~



- nostalgia nak solat asar...


kitorang memang suka buat gila... tapi kitorang tak gila macam orang yang suka buat gila.. haha *aku tak paham apa yang aku taip!

  1. masa nak turun tangga nak pi surau tuh azy & aisyah nyanyi lagu aku,dia dan kamu kuat2,sume orang pandang x puas hati je kat diorang...ehehe,
  2. masa nak amik wuduk plak aisyah tersimbah air kat baju hareessa padahal nak simbah air kat azy...sian hareessa...then diorang men simbah2 air (bodo je)
  3. mase nak pakai stoking plak aisyah ngan azy main letak2 stoking kat mulut.. hahaha.. .aisyah dh macam doktor bedah dh siap tutup mulut dengan tudung...ehehe,



- nostalgia masa exam sejarah...

21.07.09.. kelas 1 budiman tengah amek exam sejarah :
...ni rahsia tau korang yang baca ni jangan bagi tahu sesapa...
mase exam sejarah kitorang bincang jawapan...shh...relaxla...setakat bincang jawapan a.k.a meniru macam la korang xpena buat tapi kalau xpena tu bagusla..korang memang skema..haha,lagipun ni exam bulanan bukan exam akhir tahun, betul x? ape2 pon korang jangan ekot perangai kitorang ni...

watak2nye:
pemberi jawapan:hareessa
peniru:azy dan aisyah

perbualan:

Time tu exam kelas plak bising walaupun ade cikgu.so kitorang amikla kesempatan ini,mula2 aisyah ngan azy yang tanye sesame sendiri, pastu mse hareessa pusing belakang..

azy:weyh hareessa,no _ jawapan die _,kan?
hareessa:erm,aku buat _
aisyah:ha! betulla aku buat...kau tu yang salah! dasar jengket!
azy:(padam jawapan sebelum ni pastu tulis jawapan yang hareessa bgi) eleh macamla kau tu x bodoh,dazar gendut
hareessa:(gelak2)
azy:hareessa, no. _ jawapan die ape?
hareessa:aku buat _
aisyah:ha?! adus tersalah plak...
azy:eleh..kau pun sme bodoh kate orang bodo...gendut punye aisyah
hareessa:ape bodo2 ni? hesh..x baik cakap orang bodo..

tetibe cikgu menjerit"1 B ni x paham bahasa ke?...ni kan exam napa nk beburak pulak..." last2 kelas terus menjadi senyap dan tenteram...


..............................

selain itu, kitorang jugak suka kenakan orang kerana ia merupakan satu perbuatan yang sangat menyeronokkan !! kehkehkeh..
macam2 yang telah kitorang buat..... 
apa pun, kitorang mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki atas semua kesalahan yang telah dilakukan dengan SENGAJA !!! hahaha

mintak maaf gila sebab :

  • baling lipas kat korang
  • takutkan korang dengan cicak yg dah mati
  • letak lipas dalam kasut korang
  • bubuh daun banyak2 dalam beg korang
  • bubuh air atas kerusi korang, then korang duduk,, hahaha
  • dan banyak lagi... kalau listkan semua, sampai tahun depan pun takkan habis..
harap kesalahan kitorang dimaafkan ! 
setiap manusia tidak lari dari melakukan kesalahan *ayat yg paling aku menyampah.

semoga ia menjadi kenangan manis buat korang...
buat kitorang of course manis !!!!! hahahahah XD

salam sayang daripada saya : sitinuraisyahsazali