Nuffnang Ads

23 August 2011

ermm... kawan....

sesekali jadilah kawan yang mendengar

dari hanya yang bercerita..

ambillah masa untuk memahami hati

dan perasaan kawan..

kerana dia juga seorang manusia,

dia juga ada rasa takut..

ada rasa bimbang..

sedih dan kecewa..

dia juga ada kelemahan,

dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

jadilah kita kawannya...

kita selalu melihat dia ketawa..

tetapi mungkin sebenarnya dia

tidak setabah yang kita sangka.

di sebalik senyumannya itu,

mungkin bannyak cerita sedih yang ingin diluahkan.

di sebalik ketenangannya,

mungkin tersimpan seribu kekalutan..

kita tidak tahu...... tetapi,

jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,

mungkin kita akan tahu.!!!

19 August 2011

sebab pelajar nakal..!!!!

ponteng sekolah tak de laa.. Cuma nak meringankan beban cekgu, nanti tak de la ramai sangat student dalam kelas..

mewarnakan rambut - saje je nak test kot-kot cekgu ni ade yang buta warne ke...

merayau kat sekolah - nak tengok ade tak kes pergaduhan, kalo ade boleh tolong settlekan..

conteng meja - untuk memupuk bakat kesenian sama ada kreatif or not..

bergaduh - untuk menegakkan keadilan!!

tak siap kerja sekolah - saje je nak uji kesabaran cekgu..

hisap rokok - nak tengok cekgu ni ade asma ke tak..

melawan cakap - nak berlatih… sebab nanti nak masuk pertandingan debat..


*cekgu-cekgu jangan marah ehh.. ini hanya sekadar gurauan sahaja. tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia..

*just for fun ^_^

10 August 2011

doa seorang ibu..

okay.. harini aku nak bagi ceramah sikit kat korang.. bersempena bulan baik nih.. marilah korang bersama-sama dengar ceramah yang indah dari mulut aku nih.. hehehe.. okay, sekarang bolehlah ustazah aisyah mulakan kay (ceewaahhh).. tajuk ceramah ustazah harini ialah "DOA SEORANG IBU."

ingat ye korang.. Tiap pengorbanan yg dicurahkan oleh seorang ibu sangatlah sukar untuk dibalas oleh kita yg bergelar anak, sebab, tiap jerih payah yg dilalui seorang ibu bagi membesarkan anak-anaknya lahir dari hati yang nurani lagi suci tanpa disulami rasa sesal walau sedikit didalam benak sanubari..


Buat insan yang bergelar ibu ingatlah pegorbananmu diberi penghargaan oleh Allah dan Rasul sehingga kedudukanmu cukup mulia dari insan bergelar ayah. Syurga juga diibaratkan letaknya dibawah telapak kakimu inilah sabdaan junjungan besar kita Muhammad s.a.w menyanjung insan yang bergelar ibu. Itulah maqam kedudukan seorang ibu disisi agama islam,bagi seorang anak wajib bagi kita untuk taat dan berbakti kepada ibu mahupun ayah,kerana tanpa mereka tidak mungkin kita menjenguk ke alam dunia ini okay.. Mentaati perintah keduanya adalah wajib terutama ibu kerana seorang ibu punyai hati yang cukup rapuh untuk dijaga seorang anak sehingga ada ulama' menyatakan; "Apabila seorang anak membuatkan seorang ibu itu menitiskan setitis air mata maka tunggulah segelombang murka Allah menimpa dirinya"

Begitulah besarnya tanggungjawab kita selaku anak untuk menghargai segala jasa yang telah dicurahkan ibu kepada kita. Ingatlah sewaktu kita sakit siapa yang ada disisi kita? sewaktu kita lapar siapa yang menyuapkan kita makanan? sewaktu kita berduka siapa insan yang turut berduka sama seperti kita? pendek kata dalam tiap situasi kehidupan kita tidak pernah sekali kita lekang dari ibu, mak, umi dan juga mama. Tanyalah pada diri kita adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita selaku anak bagi membalas segala pengorbanan ibu? Ketahuilah seorang ibu itu tidak pernah mendambakan wang ringgit sebagai balasan, mereka hanya inginkan kasih serta belas dari insan bernama anak, ibu juga hanya ingin supaya anaknya berjaya didunia apatah lagi diakhirat, harapan ibu juga agar anak yang ditatang manja selama ini dapat membantu mereka setelah mereka bertemu Allah kelak. Inilah harapan yang paling utama bagi seorang ibu kerana memiliki anak yang soleh dan solehah itu adalah suatu harta yang tidak ternilai bagi diri ibu!!!
Dikesempatan yang tidak seberapa ini dalam berkongsi sedikit cakna ilmu yang dianugerah Allah marilah sama-sama kita selami sebuah kisah untuk tatapan jiwa yang senantiasa inginkan renungan;

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim menceritakan, pada zaman dahulu di negeri Arab ada seorang pemuda yang sangat terhormat kerana ketinggian ilmunya. Dia sangat disukai oleh orang ramai kerana budi dan amalnya. Ilmunya yang tinggi menyebabkan namanya harum diserata negeri itu. Ibunya sangat berbangga kerana mempunyai seorang anak yang dihormati oleh setiap orang. Di mana-mana sahaja namanya pasti menjadi perbualan orang.

Pada suatu hari, pemuda tersebut bercadang untuk pergi ke Mekah kerana ingin menuntut ilmu dengan lebih tinggi. Dia merasakan bahawa ilmu yang ada padanya masih belum mencukupi. Lantas dia cuba memujuk ibunya agar membenarkan dia pergi. Dengan deraian airmata ibunya berkata, "Anakku, engkau adalah mutiara hatiku. Ibu akan menderita jika engkau pergi ke Mekah. Ibu sudah tua, ibu tidak sanggup untuk berpisah dengan engkau apatah lagi engkau akan berada di sana bertahun-tahun lamanya. Batalkan saja niatmu itu nak", rayu ibunya.

Pemuda itu berasa amat kecewa dengan kata-kata ibunya tetapi semangatnya untuk menuntut ilmu agama di negeri Mekah tidak luntur dari hatinya. Malah dia akan tetap pergi kerana tekadnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Maka keesokan harinya selepas dia mengerjakn solat subuh, dia pun berangkat ke Mekah tanpa menghiraukan nasihat ibunya lagi.Kini tinggallah ibunya yang sudah tua di rumah bersendirian dengan deraian airmata. Hatinya begitu sakit apabila mengenangkan anaknya yang tidak mendengar nasihatnya lagi.

Ya Allah", kata ibunya merintih.:"Sesungguhnya anakku telah membakar hati hamba dengan pemergiannya. Maka Engkau turunkanlah seksa kepada anakku itu ya Allah".Setiap kali selepas solat, ibunya akan berdoa seperti itu.Dalam pada masa yang sama itu, anaknya sudah sampai di Mekah. Di sana dia begitu giat mencari ilmu dan beribadat.Pada suatu malam yang gelap-gelita, berlakulah suatu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada seorang pencuri memasuki rumah seorang saudagar yang kaya. Akan tetapi, perbuatan pencuri itu telah disedari oleh tuan rumah itu. Pencuri itu telah lari lintang-pukang menyelamatkan diri. Tuan rumah itu terus mengejarnya sehingga sampai di sebelah masjid. Oleh kerana terlalu panik, pencuri itu terus masuk ke dalam masjid untuk berlindung.

Kebetulan pada masa itu terdapat seorang pemuda yang sedang khusyuk berzikir. Sebagai helah untuk menyelamatkan diri, pencuri itu terus berteriak sambil menuding jarinya ke arah pemuda yang sedang berzikir itu."Pencuri, pencuri….", teriak pemuda itu.Mendengar teriakan itu, tuan rumah tersebut terus berlari masuk ke dalam masjid dan menangkap pemuda itu. Pemuda itu terpinga-pinga apabila dirinya ditangkap, berbagai-bagai penafian dibuat namun tuan rumah itu terus menyeretnya keluar dari masjid itu. Kemudian tuan rumah itu mengikat tangannya lalu membawanya mengadap raja. Dengan perasaan marah, tuan rumah itu terus menceritakan segala kesalahan pemuda tersebut. Tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya serta soal selidik yang terperinci, maka raja itu terus menjatuhkan hukuman ke atas pemuda itu dengan kedua kaki dan tangannya dipotong serta kedua biji matanya dicungkil. Dengan perasaan yang amat hiba pemuda itu menerima hukuman raja dengan tenang.

Setelah hukuman itu dilaksanakan, raja itu memerintahkan pula pemuda itu diarak di khalayak ramai. Di sepanjang jalan, pegawai-pegawai raja itu berkata kepada orang ramai, "Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang."Sewaktu perarakan itu sampai di sebuah pasar, maka pemuda yang dituduh mencuri itu berkata kepada pegawai raja yang membawanya, "Wahai pegawai, janganlah engkau berkata begitu sebaliknya berkatalah begini, "Inilah balasannya kalau orang menderhaka kepada ibunya."Para pegawai itu menjadi hairan mendengar arahan pemuda itu. Hati mereka ragu-ragu, apakah ucapan pemuda itu betul ataupun berpura-pura. Akhirnya pegawai itu menyelidik latar belakang pemuda itu dan ternyatalah pemuda itu bukan pencuri yang sebenar. Dengan perasaan kasihan, pegawai itu membebaskannya dan menghantarnya pulang ke rumah ibunya.Ketika sampai di perkarangan rumah ibunya, para pegawai itu terus meletakkannya di muka pintu rumah ibunya. Keadaannya yang cacat menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali memanggil-manggil dari luar. Dari dalam rumah terdengar ibunya sedang berdoa, "Ya Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya hamba dapat melihatnya." Oleh kerana dia tidak tahan mendengar doa ibunya itu, tanpa disedari airmatanya jatuh bercucuran. Lantas dia berpura-pura menjadi pengemis.

"Ya puan, berilah hamba sedekah.""Datanglah sini," terdengar suara dari dalam."Bagaimana saya dapat masuk sedangkan saya tidak mempunyai kaki," jawab anaknya."Kalau begitu hulurkan tanganmu," jawab ibunya semula."Puan, maafkanlah hamba kerana tidak mempunyai tangan kerana telah dipotong.""Kalau begitu, bagaimana dapat aku memberimu makanan sedangkan aku bukan muhrimmu," jawab ibunya dari dalam."Puan janganlah khuatir kerana kedua mata hamba buta."Ibunya yang masih belum mengetahui bahawa di luar itu adalah anaknya terpaksa keluar membawa sekeping roti untuk disuapkan ke mulut anaknya. Sebaik sahaja roti hendak disuapkan ke mulutnya, pengemis itu terus merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis. "Ibu, maafkanlah saya ibu. Saya adalah anak ibu yang telah mengalami nasib seperti ini. Ibu, saya telah berdosa terhadap ibu, maafkanlah saya ibu."

Setelah mengetahui bahawa pengemis itu adalah anaknya, dia terus memeluk anaknya sambil menangis meraung-raung kerana melihat keadaan anaknya yang mengerikan. Oleh kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya, dia terus berdoa, "Ya Allah, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah hamba maafkan. Tetapi seksa anakku sungguh mengerikan. Hamba tidak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa. Ya Allah, Engkau akhirilah hidupku bersama anakku ini agar kami tidak menanggung malu."Dengan kehendak Allah Yang Maha Esa, doa ibu itu telah dikabulkan. Akhirnya dia dan anaknya mati bersama-sama. Begitulah nasib anak yang tidak menuruti perintah orang tua, dan orang tua yang kurang redha walaupun di dalam mencari ilmu.

Saudaraku yang dikasihi dari kisah yang diceritakan ini dapatlah kita fahami betapa besarnya dosa apabila kita membelakangi ibu. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya redha Allah itu tereletak kepada redhanya kedua ibu ayah dan murka Allah itu terletak diantara murkanya ibu ayah"
Semoga Allah memelihara kita dari segala kemurkaannya bermula dari murka ibu dan ayah,berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada dihadapan kita,andai kata mereka telah pergi buat selamanya kalungkanlah buat mereka untaian doa supaya mereka senantiasa berbahagia disamping Allah yang Maha Pengasih!!!

"Ya Allah,
Redhakanlah perbuatan kami buat ibu&ayah
Peliharalah ucapan kami dihadapan mereka
Lunakkanlah mata kami terhahadap mereka
Lembutkanlah hati kami untuk mentaati mereka.
Ya Allah,
Berikanlah mereka balasan yang sebaiknya atas didikan mereka kepada kami selaku anak dan pahala yang besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan kepada kami.
Peliharakanlah mereka seperti mana mereka memlihara kami.
Ya Allah,
Apa sahaja gangguan dan derita yang mereka rasakan kerana perbuatan kami, jadikanlah itu sebagai penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan buat mereka.

Ya Allah,
Bilamana maghfirah keampunanMU mencapai mereka sebelum kami ,Izinkanlah mereka memberi syafaat kepada kami,andaikata sebaliknya maka izinkanlah kami memberi syafaat kepada mereka sehingga supaya kami semua dapat berkumpul bersama di tempat kediaman yang dinaungi kemuliaanMU ampunanMU serta rahmatMU.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki kurnia Maha Agung,serta anugerah yang tidak pernah berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih!! Amin Ya Rabbal ' Alamin!!"

okay.. sampai sini je ye ceramah kita pada hari ini.. semoga kita bertemu lagi pada hari dan waktu yang sama dalam blog ustazah ni yerr... okay, semoga korang yang macam cipan nih insaf laa yerkk.. okay laahh.. ustazah ciao dulu laahh.

08 August 2011

mintak maaf.. sobs sobs

eyh.. actually aku nak mintak maap kat manusia2 yang telah aku zalimi.. (pergh, ayat aku sangat hiperbola..).. aku bukannye kejam sangat pon!! just kacau sikit2 je..(actually BANYAk!!).. ni kire bende yang aku buat since aku form 1 lagi..

*masukkan daun banyak2 dalam beg tutt..
*letak air kat atas kerusi tutt..
*takutkan tutt dengan cicak.. hehe
*masukkan lipas dalam kasut tutt..
*baling kumbang kat tutt..
*baling air kat tutt...
*baling tepung kat tutt..

hahaha.. bagi aku, sumenye TAK MENCABAR langsong!!! chill ar.. baru siket je..

kalo ade lagi yang aku tak listkan kezaliman aku.. korang tolong laah listkan okay!! ape yang aku buat sume tuh hanya untuk kebaikan korang (memang tak arh).. cume korang je yang tak sedar! ape yang aku buat tu sebab aku "SAYANg" kat korang (wekkk)..hehe,, bila satu ari nanti korang sedar.. sure, berduyun-duyun datang kat aku sebab nak say thanks.. hehehe..

sempena bulan ramadhan ni.. aku nak mintak maap laa yerp... aku tau la aku ade banyak buat salah kat korang walaupun tak banyak mane (still taknak ngaku salah)..

korang sume pon banyak buat jahat kat aku kan kan kan?? dari form 1 sampai sekarang, banyak wooo... korang fitnah aku.. itu yang paling aku tak boleh terime!! kalo fitnah aku ada affair ngan mamat ensem tak pe gak!!! masih lagi aku terima. hikhikhik. eyh, baik korang mintak maap sebelom aku tak maapkan teross..!!

kepade kawe2 aku yang macam cipan..

hareessa, aina, fathirah, azliena, azyyantie, jannah, mimo dolly(name manje), syikin, isma, ain and ramai lagi laahh.. "I'M SORRY.. I LAP YOU.."

tak lupe gak kat cikgu2 aku yang sangat rock lagi comel, hehe

cikgu normaniyah, cikgu izyani, cikgu hafisah, cikgu noraini sukor, cikgu ain, teacher roseffin, teacher zarina, teacher aliya, teacher sneha, cikgu noraini ismail, cikgu hasidah, cikgu ili, ustazah wan nooraizah, cikgu aisyah, cikgu sarimah, cikgu esa, cikgu amir, ustaz fidar, and sume cikgu yang telah mengajar aku.. "THANKS SO VERY MUCH.. I LAP YOU.." semoge cikgu2 sume sentiasa sihat, bahagia dan dapat banyak bonus (hulur arh sikit)..

p/s : bile dapat bonus boleh bagi duit raye!! hehehe, bijak tak??
okay sume.. selamat berpuase!! nanti raye datang arh rumah.. kedatangan anda amat dialu-alukan.. and sekali lagi nak say sorry giler kat sape2 yang telah aku zalimi.. doakan aku dapat results yang cemerlang dalam PMR okay..!!! SAYANG KORANG~